UBAT PENENANG HATI & JIWA - AL QURAN

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
      Boleh  jadi  kamu  membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
      boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
      Allah  mengetahui,  sedang  kamu  tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah
      ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
      Allah    tidak    membebani   seseorang   melainkan   sesuai   dengan
      kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUSTASI?
      Janganlah  kamu  bersikap  lemah,  dan janganlah (pula) kamu bersedih
      hati,  padahal  kamulah  orang-orang yang paling tinggi (derajatnya),
      jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
      Hai   orang-orang  yang  beriman,  bersabarlah  kamu  dan  kuatkanlah
      kesabaranmu  dan  tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
      bertaqwalah  kepada  Allah   supaya  kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran
      ayat 200

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
      demikian itu sungguh berat, kecuali bagi  orang-orang yang khusyu’, ~
      Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
      Sesungguhnya  Allah  telah  membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
      harta  mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah
      ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
      Cukuplah  Allah  bagiku;  tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya
      aku bertawakal  ~ Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
      ..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
        berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ Surah
        Yusuf ayat 87

NOTHING

...ASSALAMUALAIKUM WBT...

Peduli ape.. blog aku.. nak buat diari ke ape ke suke hati aku.. xde sape blh halang aku.. uh! straight to the point. mood for today is ZERO. nothing could be explain. too much hating, too much sadness, too much trouble, too much sorrow, too much question marks, too much angry, almost all are bad! i don't know why.. T_T

Ye, saye seorang perempuan yang degil. sangat2 degil. tapi saye jugak punye hati & rasa. saye selalu berkonflik dengan diri sendiri & emosi. dan sangat tak suke bile saye rase macam tu. hampir membenci diri sendiri bile saye ade semua rase tu. terase macam nak.. emmhh.. ntahla.. puncenye?? ENTAH.. tak tau.. tengok tarikh belum mase.. eh. ha. btul la. belum lagi. huh? ternampak sesuatu. terus berkerut dahi. otak x benti bfikir. terdengar sesuatu, jantung bdegup makin kencang. betul ke ape yang aku nampak ni? betul ke ape yang aku dengar ni? betul ke ape yang aku rase ni? betul ke ape yang aku da dapat ni? betul ke ape yang aku dah ade ni? ENTAHLA. sangat tak sanggup nak merase semua tu. doa penenang hati x lekang dlm hati. Ya Allah. apa yang sbenarnya Kau nak tunjuk pada aku? sampaikanlah dengan terang & nyata. aku mohon. -___-

Fathiyah.. please.. big girl don't cry.. (Y_Y) rase macam nak pegi jauh.. hajat, tahajjud, sujud, doa, semua dah selesai, tapi prasaan tetap same. it's ok. aku x kan benti buat tu semua macam biase. Tuhanku. jika benar aku tersalah. kembalikan lah aku. jika benar aku tersilap, perbetulkan aku. jika benar aku terlupa, ingatkanlah aku. jika benar aku mahu, kau kabulkanlah doaku. sesungguhnya aku sangat-sangat tak mampu nak tanggung semuanya.

Fathiyah.. awak dah besar.. jangan macam ni. kalau lah ade 10 orang macam saye, mesti 9 orang  dah tido, menjerit, memaki hina, menengking, mengamuk, menyampah dan meluatkan. seriously sangat benci perasaan macam ni!!! ;(

Hilang semua. hilang mood. sebelum hilang sabar baek aku benti menaip. motif nye nak ilang sabar? bia Allah je yang tahu. nak kate hilang sabar pun x. tapi ape? aarrgghhh!!!!!! >,<

...WASSALAM...

MARI BERFIKIR.. WANITA = ???


Al-Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik:

Dia menjawab:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik,tambah 0 kepada 1 = 1o
Jika dia kaya,tambah lagi 0 = 1oo
Dan jika dia dari keluarga yang baik,tambah lagi 0 = 1ooo

Tetapi jika yang '1' tiada..maka..tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok '0'...

Let's think about it...

BUAT RENUNGAN BERSAMA



Ya allah
Aku bersyukur kepada Mu ya allah
Kau telah menjaga diriku dari kecil sehingga kini
Kau juga telah menjadikan aku seorang muslim
Aku bersyukur sepenuh hati ku pada Mu ya allah

Ya allah
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan yang ku terima
Tuhan ada yang dapat ku gagahi
Ada juga ujian yang Kau beri tak dapat ku gagahi

Ya allah
Dosa-dosa ku menggunung tinggi
Segala perintah Mu aku tinggalkan
Hanya sedikit sahaja aku ikuti
Layakkah aku menempuh syurga Mu ?

Ya allah
Aku sedar diriku amat lemah
Aku adalah hamba yang kerdil
Kau berkuasa ke atas diriku
Tapi aku sentiasa sombong pada Mu

Ya allah
Aku jarang sekali menangis
Mengingati dosa-dosa ku yang silam
Walaupun aku menangis
Aku tetap mengulangi kesilapan silam

Ya allah
Aku tak layak menempah syurga Mu
Untuk mengatakannya amat mudah sekali
Untuk melaksanakannya susah bagi ku
Melainkan petunjuk dari Mu

Ya allah
Jangan kau campakkan amalanku
Seperti kain buruk ke atas muka ku
Apabila ku bertemu dengan Mu
Terimalah amalanku ya allah

Ya allah
Kini ku kembali kepada Mu
Mengharapkan maghfirah dari Mu
Aku bermohon ampun kepada Mu
Moga terampun dosa-dosa ku

Ya allah
Berikanlah kejayaan kepada ku
Dan saudara-saudara ku yang berjuang di luar sana
Moga tertegak kembali
Kalimah Mu di atas muka bumi

Ya allah
Jadikanlah aku salah seorang pejuang Mu
Untuk berjuang dalam agama Mu
Moga kau meredhai diri ku
Dan bersama dengan orang yang Kau redhai…

AMIN ………