AKU HANYA MANUSIA BIASA

...MANUSIA BIASA...

Satu hal dan perihal yang sangat normatif dan manusiawi.. bak kata omputeh.. subjektif dan kompleks.. ketika apa yang kita lihat, maka tercetuslah persepsi di minda tentang perihal tersebut.. jika kita terlihat seseorang itu menaiki kereta mewah, berpakaian serba branded, gaya ala-ala public figure, yang membawa personaliti tersendiri, mesti akal dan minda terbentuk menyatakan, orang itu bukanlah orang sembarangan atau golongan yang biasa-biasa.. dia seolah-olah dikatakan dari golongan yang bagus dan sukses dalam kerjayanya..

Itulah yang akan tercetus dari minda dan fikiran kita.. dan itulah bentuk persepsi dan normatif yang aku maksudkan.. 

Sama juga perihalnya ketika kita membaca penulisan-penulisan orang lain.. yang terkadang membuatkan kita terpukau sesaat untuk kita mengaguminya bahawa penulisannya tentu bukanlah ditulis dan dikarang oleh orang sembarangan.. setidak-tidaknya dia memiliki mind set yang bagus, dan pengetahuan yang luas serta tindakan-tindakan yang patut dicontohi..
kita hanya mampu membuat pernyataan antara apa yang kita lihat dan apa yang kita lihat.. dan apabila digabungkan, kita akan mendapati gandingan pernyataan yang sesuai.. tersangatlah manusiawi bukan??
KAWAN....
Terkadang kita yang hanya manusia biasa ni pun mempunyai bnyak kelemahan dan kekurangan sekaligus banyak juga kelebihan dan kekuatan tersendiri.. cuma kadang-kadang kita hanya mampu melihat kekurangan kerana ketidakmampuan untuk melihat kelebihan seseorang.. baik pada diri sendiri mahupun orang lain.. inilah persepsi yang perli kita titikberatkan dan teliti baik-baik.. kita letakkan sesuatu itu yang betul pada tempatnya.. dan bukan hanya meletakkan sesuatu itu di tempat yang mudah ditolak dan ditepis oleh anasir-anasir yang tidak ada kene mengena dengan kududukannya.. 

Sampai ke hari ni.. dah banyak blog dan penulisan serta artikel yang aku baca tentang kehidupan dan manusiawi seseorang.. ada yang betul dan ada yang tidak betul.. ada yang logik dan ada yang tidak.. ada yang terpesong dan ada yang mengikut garis panduan hidup yang sebenar dan berinti.. ermm... jap! 

[kenape aku trase penulisan aku sejak 2menjak ni dah macam ahli falsafah? haha. lawak betul.. tapi tu la yang tersurat dan tersirat pade aku.. xpela.. sekali sekala nak jadi doc ape salahnye kan.. bile lagi nak mengangkat kan.. muehehehehe..!!] ok kite sambung balik lagi sikit.. ;D

Jadi dari apa yang kita dah baca, dah lihat, dan teliti, maka terpulanglah pada u all semua nk pick-up yang mane korang rase bagus dan buanglah mane yang tak bagus tu.. ok..?? kite pun dah besar.. dah dewasa.. aku sendiri manusia biasa sama macam korang semua.. ade hati.. ade perasaan.. ada kehidupan.. ade panduan yang perlu aku ikut untuk teruskan hidup aku.. peringatan ni bukan untuk korang kawan-kawan sahaje tapi untuk semua orang atau sesiapa sahaja tak mengira atok nenek pakcik makcik abang long kak ngah adek cu tok nek.. [ade ke tok nek? tok mak ade la kot.. kohkohkoh!!] malah... peringatan untuk diri aku sendiri.. sebab.. aku sendiri pun banyak melakukan kesilapan.. besar kecik kesilapan aku.. aku sentiasa cube perhatikan, teliti, periksa, otherwise, aku cube dapatkan pendapat orang lain.. tapi sejak dua menjak ni.. aku dah kurang untuk meminta pendapat sesiapa.. sebabnye.. aku dah susah untuk percaya mana-mana pun sumber lisan yang aku pernah dapat sebelum ni.. mungkin kerana aku dah serik.. dan mungkin jugak kerana hak peribadi aku.. so.. do the right decision.. choose which one you think can lead you to the better pleasant condition.. in hopes jugak, aku akn lebih matang dalam memilih sesuatu dan membuat sesuatu keputusan.. moga aku diberi petunjuk, moga aku tabah, dan moga diberi kekuatan...

So.. apa maksudnya dengan title blog aku hari ni?? 
Lebih dan kurangnya dalam kesempurnaan.. itu adalah hakikat manusia.. takde manusia yang dilahirkan terus sempurna.. kita hanya mampu melakukan apa yang kita rasa seboleh dan semaksimum mungkin.. dan selebihnya.. kita serahkan kepada Sang Pemilik Kesempurnaan.. ALLAH s.w.t... Wallahu'alam.....




No comments: