Benar kata mereka, Hanya diperlukan seminit bagi menafsir seseorang, sejam bagi menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi percayalah! percayalah untuk melupakan seseseorang itu memerlukan waktu seumur hidup.
Bila perasaan cinta itu muncul maka kita impikan segala kebahagiaan dan menaruh harapan. Tapi apakah dia tahu betapa dalamnya cinta kita pada dia. Cinta pada yang tak sudi dan memang tiada hati terlalu amat sangat sakit dan pedih. Aku anak kuat
Mereka kata, cinta tidak boleh dipaksa pada yang tidak sudi.. Tapi bukankah cinta boleh dipupuk? Jika cinta boleh dipupuk tapi bagaimana jika dia langsung tidak membuka ruang pada kita.. Aku anak kuat tapi bila cinta dalam aku muncul aku jadi lemah.. Aku lemah pada cinta yang muncul tanpa aku pinta..
Sungguh! Dulu aku tidak pernah kenal apakah itu erti cinta, erti sayang, erti rindu.. Tapi kini, aku kenal segala rasa itu.. Ia sangat kuat hingga tidur aku bangun aku hanya memikirkan dia! Dia insan yang membuatkan aku terbang tinggi! Buat aku menaruh harapan segala tinggi nya langit..
Apakah ini cinta dalam ataupun cinta gila? Percayalah! Bahawa cinta ini buatkan aku sanggup merenang lautan berapi. Buatkan aku merendahkan segala ego. Membuatkan aku puja ia segala dan membuatkan aku menjunjung tinggi dia dan tidak dibiarkan satu benda yang mengusik..
Untuk jadi seorang yang kuat memang memakan masa yang lama.. jika benar Allah mahukan kita memiliki yang terbaik.. selagi kita kuat dan tabah tempuh segala ujian yg diberi.. insyaAllah.. semoga segalanya akan menjadi milik kita yang hakiki..
wallahu'alam....
4 comments:
a really nice post...anyhow, just be strong..
btw, kite same fakulti..senior ke?? haha
darimosblurp.blogspot.com
thanks anyway..
of cos la senior.. 3rd year. hahah..
taun bape meyh??
tq 4 read.. ;)
first year...hahaha
lols.. hehehe.. so.. welcome to be 2nd year for the next.. haha :D
Post a Comment